
KHIDMAT PELANGGAN DAN PEMPROSESAN YANG TERTAKLUK KAPADA MPPHM
CHAGEE berkomited untuk memastikan khidmat pelanggan dan pemprosesan adalah tertakluk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia(MPPHM).

KEBERSIHAN PREMIS
CHAGEE mengambil berat tentang kebersihan premis dan akan memastikan tiada bahan-bahan yang tidak halal atautercemar.

PEMBEKAL YANG DIYAKINI
CHAGEE berkomited sepenuh nya dalam memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah Halal c dan hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal.

PELAKSANAAN KURSUS HALAL
Kami akan memastikan kursus Halal akan dilaksanakan bagi pekerja baru dalam tempoh 3 bulan dari tarikh lantikan.

CHAGEE MALAYSIA MEMPEROLEH PENSIJIALAN HALAL
CHAGEE Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa beberapa cawangan kami telah memperolehi pensijilan Halal rasmi daripada JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan minuman teh berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian Halal untuk semua pelanggan kami. Kami juga sedang giat berusaha untuk mendapatkan pensijilan Halal bagi cawangan lain. Nantikan kemas kini selanjutnya. Untuk mengetahui cawangan yang telah menerima pensijilan Halal, sila rujuk kepada Media Centre.

1