CHAGEE Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa beberapa cawangan kami telah memperolehi pensijilan Halal rasmi daripada JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan minuman teh berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian Halal untuk semua pelanggan kami.
Kami juga sedang giat berusaha untuk mendapatkan pensijilan Halal bagi cawangan lain. Nantikan kemas kini selanjutnya.